Tuesday, 9 June 2015

Sains Tahun 4- cara manusia membiak

Setiap orang ada ahli keluarga sendiri, iaitu, datuk, nenek, ibu, ayah, pakcik, makcik dan adik-beradik. Selalu kami akan tanya ibu bapa, bagaimana kita terjadi.



Manusia dan haiwan mengalami proses hidup yang hampir samaiaitu:

-Bernafas

Bernyah tinja

Berkumuh

Membiak



-Pembiakan ialah satu proses melahirkan anakbaka.

-Manusia perlu membiak untuk

-i)menambahkan bilangan

- ii)untuk memastikan spesies manusia terus wujud di dunia ini.












Sperma ayah dan ovum ibu.







proses persenyawaan sperma dan ovum.




                                                                                      
Pembentuk bayi.



 Bayi 4 minggu.


     Bayi akan dilahir selepas 38 minggu.



Perkhemahan Tahun 2012



Video yang dihasil oleh usaha semua murid SJKC Ladang Sua Betong dan Cikgu Cindy Liew.
Ini adalah lagu perkhemahan pada tahun 2012. Memang merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.




Permainan Station Games














Projek Kajian Tempatan

Bentuk Muka Bumi Negara Malaysia(Tahun 5)


1.    Murid menghasilkan model bentuk muka bumi dengan menggunakan kad manila dan kertas warna yang disediakan oleh guru.
2.    Wakil kumpulan akan mempamerkan  model bentuk muka bumi kumpulan mereka.






Hasil Murid Tahun 6
(Cintai Bumi Kita) 

   1.Murid-murid membawa barang yang tidak berguna dari rumah, seperti botol plastik, guli
      dan lain-lain.
   2.Murid-murid menggunakan barang yang tidak berguna, menghasilkan barang hiasan
      dengan kreativiti sendiri.






Aktiviti Pengakap

CARA MENGHIDUPKAN API
1. Cari tempat yang kering dan terlindung daripada angin kencang.
2. Elakkan dari membuat tungku di kawasan berumput.
3. Tempat api atau dapur hendaklah jauh dari sesuatu yang mudah terbakar.
4. Gunakan bahan bakar di sekeliling (ranting, habuk kayu, rumput kering ataupun kulit kayu.)

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN API
1. Himupan umpan api dalam longgokan yang longgar dan beruang udara.
2. Setelah menyalakan api, susun kayu api dari yang kecil kepada yang besar.
3. Buat hadangan sekiranya ada angin.

                                                              Cara menyalah Api




                                                                  Cara Padam Api



Aktiviti memasak pengakap
Murid-murid dapat memasak dengan menghidupkan api sendiri. 


Murid-murid mengutip batang kayu.

Guru menunjuk cara menghidupkan api.



Murid-murid menghidupkan api dalam kumpulan masing-masing.




Murid-murid memasak roti canai^^

Murid-murid makan roti canai yang sedap.

Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Origami-Arnab

Origami arnab adalah lipatan kertas yang mudah dan sesuai dibelajar oleh kanak-kanak.

Langkah- langkah :

1.Sediakan sekeping kertas berbentuk segiempat sama. Lipatkan kertas menjadi bentuk segitiga.
Lipatkan kiri dan kanan kertas merujuk kepada gambar di bawah.

2.Lipatkan kiri dan kanan kertas merujuk kepada gambar di bawah.

3.Lipat bahagian hujung kertas ke dalam.

4.Lipatkan separuh bahagian yang dilipat tadi ke bahagian atas semula.

5. Lipat di bahagian hujung yang panjang menjadi dua bahagian.

6.Gunting di bahagian hujung yang panjang menjadi dua bahagian. Lipatkan bahagian yang
   digunting ke atas untuk membentuk telinga arnab.

7.Jangan lupa untuk melukis mata arnab.

Origami Arnab- Gambar dari http://www.61dly.com/




Murid-murid saya sangat berminat dengan origami. Ini adalah hasilan mereka.


                                              




Origami Kapal Terbang Kertas

Terdapat pelbagai bentuk kapal terbang kertas. Tetapi saya hanya mengajar murid-murid buat kapal terbang kertas seperti dibawah sahaja.



Pertandingan Kapal Terbang Kertas

Saturday, 6 June 2015

Simpulan Dan Ikatan Lencana Keahlian

Simpulan Dan Ikatan Lencana Keahlian

1. Buka Sila ( Reef Knot )
Kegunaan:
a) Menyambung dua utas tali yang sama besar.
b) Digunakan dalam pertolongan cermas. (balutan Anduh )
Buka Sila ( Reef Knot) -Ingin tahu cara-cara buat simpul buka sila, anda boleh melawat Blogger saya:
http://lailaieng.blogspot.com





2.Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )
Kegunaan:
a) Menyambung dua tali yang sama besar atau dua tali yang tidak sama besar.
b) Digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul.

Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )- ingin tahu cara membuat simpul ini , anda boleh melawat Blogger saya. http://lailaieng.blogspot.com



3. Simpul Manuk (Clove Hitch)
Kegunaan:
a) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
b) Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilt kacang/ ular.

Simpul Manuk ( Clove Hitch )- ingin tahu cara membuat simpul ini , anda boleh melawat Blogger saya. http://lailaieng.blogspot.com


4. Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
Kegunaan:
a) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
b) Digunakan dalam kerja-kerja penyelamat.( simpul ini akan diikat pada pinggang si malang, kemudian si malang akan ditarik ke tempat yang selamat.)

Simpul Tindih Kasih ( Bowline)- ingin tahu cara membuat simpul ini , anda boleh melawat Blogger saya. http://lailaieng.blogspot.com



5. Lilit Dua Simpul ( Round Turn Two Half Hitches)
Kegunaan:
a) Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok, kayu atau tali lain supaya tidak terlucut.
b) Digunakan untuk mengikat hujung tali khemah.
Lilit Dua Simpul  ( Round Turn Two Half Hitches )- ingin tahu cara membuat simpul ini , anda boleh melawat Blogger saya. http://lailaieng.blogspot.com



6. Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping)
Kegunaan:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung taliitu Nampak kemas dan tidak terbuang.

Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )- ingin tahu cara membuat simpul ini , anda boleh melawat Blogger saya. http://lailaieng.blogspot.com

Ikatan :Simpul Manuk (Clove Hitch),Simpul Tindih Kasih ( Bowline )& Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping)

4. Simpul Manuk (Clove Hitch)
Kegunaan:
a) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
b) Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilt kacang/ ular.

Cara-cara membuat Simpul Manuk ( Clove Hitch)



5. Simpul Tindih Kasih ( Bowline )
Kegunaan:
a) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
b) Digunakan dalam kerja-kerja penyelamat.( simpul ini akan diikat pada pinggang si malang, kemudian si malang akan ditarik ke tempat yang selamat.)

Cara-cara membuat Simpul Tindih Kasih ( Bowline)
















6. Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping)
Kegunaan:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu Nampak kemas dan tidak terbuang.

Cara-cara membuat Simpul Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping)
(bahagian yang tidak diikat adalah bahagian yang saya mahu buat Simpul Pemati Biasa)